A beginner

Assalamualaikum..

Aku, Pateng. Nama yang tak seindah rupa dan hati budi. Siapalah kita, para manusia untuk menjadi sempurna. Aku, seorang manusia yang penuh keburukan. Pernah juga aku mengkhianati teman rapat aku sendiri. Dan kerana itu, aku mungkin orang yang korang taknak dekati...

Semua yang berlaku tidak pernah di pinta apatah lagi berdoa untuk takdir yang sebegini. Aku percaya akan  "Allah has a better plans for me". Mungkin dengan cara ini Allah mengajar aku erti kehilangan, di lupakan dan cara menyelesaikan masalah. Meskipun ungkapan 'maaf' tidak mencukupi untuk mengembalikan mereka. Ya, bukan senang untuk dapat kepercayaan seseorang.

Ingin sekali aku untuk berubah ke arah yang lebih baik dan di redhaiNya tetapi ianya mungkin sulit dengan perangai dan tingkah laku aku yang tak pernah belajar erti diam, senyap dan seumpamanya. Dengan perangai yang sebegini mungkin akan menimbulkan pelbagai spekulasi yang makin buruk tentang aku. Ya, perubahan ini mungkin sulit tapi sehari selembar benang, lama lama menjadi kain. in Shaa Allah

Mungkin tahun 2013 adalah tahun yang Allah berikan aku peluang untuk mengubah segala kesilapan yang aku dah buat. Alhamdulillah aku masih bernafas sehingga hari ini. Terima kasih ya Allah.


Semoga tahun ini menjadikan kita seorang yang lebih baik. Wallahualam.